Assalamualaikum & Selamat sejahtera kepada semua pelanggan yang kami hormati, semoga hari anda ceria bersama yang tersayang. Selamat datang ke kedai kami AA KITCHENWARE. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda di kedai kami. Jika anda sedang mencari barang kelengkapan dapur, pinggan mangkuk branded & terkini, buffet/food warmer yg eksklusif & moden, di sinilah tempatnya. AA KITCHENWARE ialah sebuah syarikat SDN BHD milik 100% bumiputera, beroperasi di Kota Bharu Kelantan (bersebelahan Hotel Renaissance KB). Kami adalah pembekal direct kilang, menjual secara runcit & pukal. Harga kami berpatutan dan servis kami sangat memuaskan kerana pelanggan adalah keutamaan kami, setiap parcel akan dibungkus dengan cermat dan teliti & dipos dalam masa yang ditetapkan. Semoga AA KITCHENWARE terus teguh berdiri di hati setiap pelanggan, kerana kami menjual dengan jiwa, bukan kerana untung semata-mata. Kualiti barang menjadi keutamaan kami. 

Our History

Didaftarkan pada tahun 2014, AA KITCHENWARE mempunyai lebih daripada 5 tahun pengalaman di dalam memilih serta membekalkan barangan dapur & pinggan mangkuk terbaik pada masa kini. AA KITCHENWARE yang ditubuhkan oleh pengasasnya Tuan Azrin & Puan Anis mempercayai bahawa sudah tiba masanya untuk membawa perubahan kepada citarasa barangan dapur di Malaysia. Tuan Azrin & Puan Anis sangat menitikberatkan aspek keselamatan & kualiti sesuatu barang, bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata kerana pelanggan adalah keutamaan mereka. Setelah sekian lama, AA KITCHENWARE telah berkembang menjadi salah satu kedai dalam talian yang sangat digemari oleh kaum hawa di Malaysia. 

Pada awal tahun pertubuhan, kami bermula dengan hanya membuka kedai di dalam talian iaitu di Facebook dengan hanya 10 jenis barangan. Dengan menawarkan barangan yang berkualiti tinggi di pasaran Malaysia, permintaan bertambah diluar jangkaan. Kami mula diberi perhatian & berkembang dengan jayanya dari masa ke semasa. 

Menyedari akan potensi yang bakal dicapai, pada tahun ini, 2017, kami memulakan langkah yang besar dengan memulakan perniagaan kami secara dalam talian bertujuan untuk membawa pengalaman yang lebih baik kepada para pelanggan kami. Oleh itu, http://aakitchenware.shoppy.my/ telah ditubuhkan. Semoga dengan adanya website ini akan memberikan pengalaman yang lebih menarik & yang paling penting memberi kesenangan kepada pelanggan-pelanggan kami untuk membeli belah! 

Hari ini, AA KITCHENWARE menawarkan lebih daripada 500 jenis barangan dapur yang mampu mencairkan hati setiaap suri hati lelaki; yang paling penting selamat, elegan & bebas kimia!

 

Our Team

TUAN AZRIN & PUAN ANIS ~ FOUNDER AA KITCHENWARE (097406159)

MS NORAZLIN  ~  SALES & MARKETING DEPARTMENT (0179852526)

MS NOORMI ZUZANA ~ CUSTOMER SERVICE DEPARTMENT (CLAIM) - (0179102947)

MS FATIN ~ CUSTOMER SERVICE DEPARTMENT (INSTALMENTS) - (0135126338)

MR ZAMRI ~ PACKER I (097406159)

MR AFIQ ~ PACKER II (097406159)

MR AUZA'IE ~ PACKER III (097406159)

MR SHAHRUL MUIZ ~ PACKER IV (097406159)

MR AMMAR ~ PACKER V (097406159)

MR HAIQAL ~ PACKER VI (097406159)

MR FAIDHI ~ SHOP ASSISTANT (097406159)

MR RAFLI ~ SHOP ASSISTANT (097406159)

Our Products

Antara barangan yang menjadi best seller AA KITCHENWARE ialah:-

  • PERIUK PREMIUM CERAMIC K&I GERMANY
  • PERIUK CERAMIC
  • PERIUK BATU / GRANITO
  • PERIUK BERJENAMA SEPERTI DESSINI/VANTAGE/CORNINGWARE/TEFAL/VISIONS
  • PERIUK STAINLESS STEEL / ALUMINIUM / NON-STICK
  • PELBAGAI JENIS KOLEKSI BUFFET@FOOD WARMER GOLD / SILVER
  • HOT POT
  • PARTY SET
  • SOUP POT ELECTRIC WARMER
  • MIXER 10-SPEEDS
  • PRESSURE COOKER
  • ELECTRIC GRILL
Our Guarantees

**BARANG-BARANG YANG DIBELI TIDAK BOLEH DITUKAR DENGAN WANG TUNAI ATAU BARANG-BARANG LAIN. SILA PASTIKAN ANDA MEMILIH BARANG YANG BETUL SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN.

 

SILA BACA DENGAN TELITI POLISI CLAIM:-


Utk pengeposan menggunakan CITYLINK ke SEMENANJUNG & SABAH SARAWAK (ADA WARRANTY JIKA BRG YG SAMPAI PECAH / ADA MAJOR DEFECT)

(POS UDARA @ DOMESTIK ke SABAH SARAWAK (TIDAK ADA WARRANTY JIKA BRG YG DIPOS PECAH/ADA DEFECT)


Kepada semua RE-SELLER & CUSTOMER,
Sila baca dengan teliti polisi claim AA KITCHENWARE :-

Kami hanya bagi masa selama 24jam sahaja dari tarikh terima barang untuk sebarang complaint mengenai barang defect/pecah. Selepas menerima brg, anda diwajibkan untuk memeriksa terus barang2 belian anda & pastikan semuanya berada di dalam keadaan yang baik (brg yg dihantar cukup / xde pecah / xde major defect)

Selepas 24jam, kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan/masalah yg timbul mengenai barang yang diterima. Sebagai contoh; terima barang dari pihak courier 1 May, pukul 5petang, sebarang masalah defect/barang pecah/major defect wajib maklumkan kepada kami pada 2 May, sebelum pukul 5petang. Kami hanya bagi masa 24JAM shj. Lebih dari 24JAM kami tidak akan menerima sebarang rayuan/complaint.

Kami berharap semua Reseller & Customer dapat memberi kerjasama yang baik untuk mengelakkan sebarang konflik & salah faham mengenai polisi Courier ini.

Terima kasih.

 

Our Achievements

Bermula dengan menjadi pengedar kecil-kecilan, alhamdulillah AA KITCHENWARE telah melebarkan sayap menjadi salah satu pengedar & pemborong barang dapur & pinggan mangkuk terbesar Malaysia. Semua barang-barang kami direct kilang & harga yang kami tawarkan adalah sangat2 murah & berpatutan. Semua orang boleh memiliki pinggan mangkuk & barang dapur yang berkualiti dengan harga patut.

Permintaan terus bertambah dari masa ke semasa & kami di AA KITCHENWARE terus memberikan servis yang terbaik utk reseller & customer kesayangan kami. Pada tahun 2018, reseller kami meningkat kepada hampir 700 orang, satu pencapaian yang sangat besar kepada kami & kami sangat berbangga kerana Reseller-reseller kami sangat komited dalam menjalankan tugas & tanggungjawab mereka.

Tuan Azrin & Puan Anis adalah pengasas AA KITCHENWARE dan mereka sangat menitikberatkan kualiti sesuatu barangan yang dijual. Mereka banyak memperkenalkan barangan yang unik & berkualiti tinggi serta selamat untuk kegunaan harian.

Semoga AA KITCHENWARE akan sentiasa berdiri teguh di hati setiap customer, insyaAllah

Kami di AA KITCHENWARE sangat mengalu-alukan "feedback" dari customer kami, semoga servis perkhidmatan kami akan sentiasa diperbaiki kerana apa yang paling penting kepada kami ialah kepuasan pelanggan kami.